Archive for: January 2011

Ikut janji Islam, bukan janji Melayu!

date 30 Jan 2011 | category kehidupan

Janji Melayu ni selalu disebut apabila seseorang itu marah kepada orang yang janji tapi tak tepati masa. Janji nak berjumpa pukul 9.00 pagi, tapi 9.45 pagi baru sampai. Hal ini disebabkan orang yang berjanji itu baru hendak bersiap …

Pengalaman balik rumah dari UiTM sempena cuti pertengahan semester

date 29 Jan 2011 | category kehidupan

Semalam sebelum koko aku pi Oren, lauk yang biasa aku makan tak ada pulak, biarlah dulu tak payah beli lagi makan malam. Malam tu kawan-kawan ajak pi keluar makan, depa kata aku tak pernah keluar dengan depa, jadi apasalahnya sekali sekala keluar. Paan belanja makan Radix Chicken House dan belanja tambang teksi. Nak balik kami tak pesan kat pemandu teksi tu, kena telefon orang lain, Azim pulak yang belanja.

Kalau nak diikutkan belanja tambang dekat RM60 untuk dua teksi. Apa-apa pun, terima kasih kat kawan-kawan sebab ajak keluar,belanja makan dan tambang. Aku makan malam hari-hari RM1.50 saja, tapi malam tu dapat makan sedap dan yang penting percuma. Semoga kawan yang belanja itu murah rezeki, lain kali boleh belanja lagi.

Pagi-pagi bangun cek internet, laju gila. Ramai yang dah balik rumah semalam. Pagi ini aku baru nak balik rumah dengan kereta api, saja nak cuba. Pukul 9.30 pagi pi tapak teksi lama nak naik bas UiTM pi stesen kereta api. Rupa-rupanya bas tu komander nak pi rombongan ke Selangor. Aku, Bazli, Aiman dan Haziq pun tumpanglah sat.

Alternatif kpd Turbo C++ 4.5 utk 64 bit

date 11 Jan 2011 | category ict

Sebenarnya Turbo C++ 4.5 tak boleh install untuk 64 bit. Jadi, gunalah Dev C++. Ada sedikit perbezaan dalam menulis program menggunakan Dev C++.

Download di sini: http://www.mediafire.com/?191hpnachqhmpa5

Di bawah ini cara menggunakan Dev C++:

#include<iostream>

#include<string>

using namespace std;

int main()

{ …