Posted on

Borang contest-cabutan bertuah Pacific – The Store

Saya jual borang cabutan bertuah ini 2 keping RM5.

Peraduan ini sah dari 1 Januari hingga 28 Februari 2010.

Dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas dari mana-mana bahagian di cawangan
The Store, Pacific dalam resit terkumpul dari cawangan yang sama pada tarikh
yang sama, pelanggan layak mendapat satu (1) Borang Penyertaan.

Saya ada lebih dari sepuluh dan tidak mengharap ganjaran hadiahnya. Oleh itu,
saya ingin menjualnya.

Mungkin anda akan dapat hadiah RM100000 hanya dengan borang yang berharga RM5.

Kalau anda tidak mahu beli, bolehlah belanja RM30 untuk dapat satu borang.

Syarat penyertaan:
http://www.tstore.com.my/cnycontest.html

Saya sebenarnya tak mahu jual. Macam judi pulak jual borang cabutan bertuah.

Posted on

Buka kedai top up di rumah

Aku duk saja hari ini, esok dah nak mula kerja. Adik aku pulak nak pergi sekolah esok. Tengok Doraemon saja hari ini. Sebenarnya macam-macam nak buat lepas SPM ini, pening nak mula mana satu. Ada yang memang hobi dan boleh buat duit. Ada yang hobi tapi tak boleh buat duit dan ada yang buat duit saja.

Dalam cuti ini aku jual top up. Sehari bolehlah untung 50 sen. Ingatkan ada orang nak beli top up, memang ada juga beli top up walaupun aku caj 5 kupang. www.kedaitopup.pja.my

Daripada: Mohamad Afiza bin Hamzah

Posted on

Panggilan kerja dari Courts Mammoth

Pak aku dah beli baju dan kasut hitam untuk kerja kat Pacific Isnin ini.

Hari ini Courth Mammoth telefon aku sebab aku dah isi borang nak kerja. Dia suruh aku jadi jurujual. Aku minta jadi juruwang, nampaknya aku tak biasa nak promosi barang-barang ini. Jadi, terpaksalah tolak. Hari Isnin ini aku kerja kat Pacific jadi juruwang. Masa isi borang kena jawab soalan matematik, soalan tambah, tolak, bahagi dan peratus saja. Semua ini budak UPSR pun boleh jawab. Tapi, aku guna kalkulator saja dengan syarat ada jalan kira sikit-sikit. gaji permulaan pun dah RM700, ada lagi elaun lain.

Adik aku Afiq dapat gerek baru, RM200. Lepas ini dia tingkatan 1 pergi sekolah Permatang Rawa naik gerek. Aku pun tak boleh nak hantar sebab aku pun nak pergi kerja. Entah balik petang atau malam.

Daripada: Mohamad Afiza bin Hamzah

Posted on

Catatan tahun baru 2010

Hari ini secara tidak sedar dan terlalu pantas sudah masuk tahun 2010. Rasa sekejap saja aku dah masuk 18 tahun. Jadi bolehlah tonton CD 18 SX. Hahaha.. lawak saja. Haram tetap haram walaupun 18 SX.

Hari ini tak seronok langsung. Orang yang berhutang masih tak bayar walaupun dah minta banyak kali dan dia berjanji banyak kali.

Drpd: Mohamad Afiza bin Hamzah

Posted on

Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.

Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.

Hari ini aku lulus ujian JPJ. Alhamdulillah, aku mula-mula risau kat titi tu, takut jatuh atau tak cukup 7 saat. Nampaknya aku nak kongsi la pengalaman untuk lulus ujian komputer KPP dan test JPJ.

Continue reading Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.