Qasar solat semasa sambung belajar

Posted on: May 27th, 2010 by
Comments Requested

Aku lahir di Perlis, tetapi menetap di Pulau Pinang. Aku akan sambung belajar di Perlis. Maka aku akan qasar/pendekkan solat menjadi dua rakaat (kecuali solat Maghrib). Hal ini disebabkan aku bukannya ingin menetap di Perlis. Tempat aku menetap adalah di Pulau Pinang. Selepas habis belajar tiga tahun aku akan kembali ke tempat aku menetap. Kesimpulannya, aku adalah musafir selama tiga tahun belajar Perlis dan aku qasar/pendekkan solat  menjadi dua rakaat (kecuali magrib).

Ini adalah dalil-dalilnya:

Miswar bin Makhramah berkata – Kami bermukim dengan Sa’ad radiallahu-anhu di salah satu desa di wilayah Syam selama 40 hari dan selama itu Sa’ad tetap mengqasarkan solat sementara kami menyempurnakannya.

Berkata Nafi’ – Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu bermukim di Azerbeijan selama 6 bulan dan tetap bersolat 2 raka’at qasar (kecuali Maghrib) kerana tertahan oleh iklim bersalji ketika memasuki kota tersebut.

Hafash bin Ubaidillah mengatakan – Bahawa Anas bin Malik radiallahu-anhu bermukim di Syam selama 2 tahun dan terus bersolat sebagai seorang musafir (yakni mengqasarkan solat) dan menurut Anas, para sahabat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah bermukim di Ramhurmuz selama 7 bulan dan tetap mengqasar solat.

Sedang menurut Hasan, dia bermukim bersama Abdurrahman bin Samurah radiallahu-anhu di Kabul selama 2 tahun dan beliau terus mengqasar solat tanpa menjamak.

Kemudian Ibrahim mengatakan bahawa para sahabat pernah bermukim di Rai selama 1 tahun atau lebih dan di Sajistan selama 2 tahun (dan mereka tetap mengqasarkan solat.)

Dalam hal ini Imam Ibnu Mundzir mengatakan bahawa berdasarkan penyelidikannya para ahli telah sepakat bahawa seorang musafir (yang bermukim) itu tetap dibolehkan mengqasar solat selama dia tidak bermaksud akan terus menetap/mastautin di sana sekalipun mukimnya itu berlangsung selama tempoh bertahun-tahun.”

Rujukan:
Ringkasan dari tulisan Shaikh Sayid Sabiq terhadap penerangan Imam Ibnu Qayyim dalam Fiqh-us-Sunnah, 2/217-220.

Mengapa perlu qasar kerana sekarang sudah ada kemudahan?

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan/memendekkan solat sedangkan   kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,  solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Dah rujuk ustaz dan ini jawapannya:

“Ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini.

Pandangan yang dipilih oleh saya (dan hakikat kebenarannya di sisi Allah s.w.t.), anda TIDAK BOLEH lagi menunaikan solat qasar di PERLIS. Kerana anda dikira telah bermukim di Perlis, dgn mengambil kira anda mengetahui tempoh berada diperlis, tempoh tersebut pula merupakan tempuh yang boleh dianggap anda bermukim di Perlis.

wallahu a’lam.”


Tags: , , ,

At last you are here. Be bold. Sieze the moment. Be the first to take the opportunity to post a comment here.

We have beeen waiting for you to arrive here to provide your feedback. Now that you are here, go ahead and post a quick note. We would appreciate it.

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*