Posted on

Banjir sekali lagi di rumah aku Taman Bukit Kayangan April 2011

Hari ni makan nasi banjir.Nasi kat pusat banjir mewah juga sbb dapat makan nasi tomato dgn ayam ros.Petang penat mencuci rumah aku kat Kangar yg baru surut dari banjir,sakit habis badan.Esok nak mengemas rumah pulak rasanya.Malam makan ikan lampam yg abah jala,memang sedap sebab segar lagi.Esok rasanya makan ikan besar yg abah pukat pulak.Dugaan banjir,rezeki ikan.Alhamdulillah.

Sempena banjir, insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *