Pengalaman balik rumah dari UiTM sempena cuti pertengahan semester

Posted on: January 29th, 2011 by
Comments Requested

Semalam sebelum koko aku pi Oren, lauk yang biasa aku makan tak ada pulak, biarlah dulu tak payah beli lagi makan malam. Malam tu kawan-kawan ajak pi keluar makan, depa kata aku tak pernah keluar dengan depa, jadi apasalahnya sekali sekala keluar. Paan belanja makan Radix Chicken House dan belanja tambang teksi. Nak balik kami tak pesan kat pemandu teksi tu, kena telefon orang lain, Azim pulak yang belanja.

Kalau nak diikutkan belanja tambang dekat RM60 untuk dua teksi. Apa-apa pun, terima kasih kat kawan-kawan sebab ajak keluar,belanja makan dan tambang. Aku makan malam hari-hari RM1.50 saja, tapi malam tu dapat makan sedap dan yang penting percuma. Semoga kawan yang belanja itu murah rezeki, lain kali boleh belanja lagi.

Pagi-pagi bangun cek internet, laju gila. Ramai yang dah balik rumah semalam. Pagi ini aku baru nak balik rumah dengan kereta api, saja nak cuba. Pukul 9.30 pagi pi tapak teksi lama nak naik bas UiTM pi stesen kereta api. Rupa-rupanya bas tu komander nak pi rombongan ke Selangor. Aku, Bazli, Aiman dan Haziq pun tumpanglah sat.

Bila dah sampai stesen kereta api menyesal pulak tak tanya pak cik yang bawa bas tu, mana tau boleh tumpang terus sampai Pulau Pinang. Kami makan roti canai dulu sebelum nak pi tiket. Lepas tu bila nak pi tiket orang tu kata tiket waktu siang tak ada, yang ada waktu malam. Betapa kecewanya dan kami dah tak mau balik UiTM, akhirnya naik teksi RM14 pi stesen bas. Kena tunggu pulak pukul 1 petang baru ada bas. Aiman naik bas lain sebab dia nak pi Kedah.

Sambil-sambil duk sembang tu menyesal pulak tak tunggu saja kereta api tujuh malam tu. Kalau duk UiTM bolehlah layan internet yang amat laju sebab ramai orang dah balik. Lagipun, balik awal2 bukannya tau nak buat apa. Dah pukul 1 kami pun naik. Terjumpa Remy dan kami duk belakang sambil sembang menyembang sampai terlelap.

Bas tu bawa macam perlahan saja, tapi bila sampai 2 jam setengah saja. Lepas tu naik bas Rapid Penang dekat 45 minit baru nak sampai rumah, padahal kalau pi naik kereta atau moto, tak sampai setengah jam pun dah boleh sampai. Apa-apa pun, syukur selamat sampai rumah dapat jumpa keluarga tersayang.

Aku dah balik dari Pulau Pangkor, balik UiTM dan sekarang dah balik rumah tapi pak aku sejak raya Thaipusam tak balik2 kerja. Ni dah nak raya Cina terperangkap dengan banjir kat dun yang tak Tenang pulak.

AimaApa la keretapi xmau bawa waktu siang,nk tunggu mlm lambat plak.Pastu mnyesal xtanya bas UiTM,mana tau bleh tumpang pi Penang sbb depa nk pi Slangor.Pastu naik bas pkul 1ptg dgn Bazli Amri,Haziq,Remy Naz. Nama Caya Medulla Oblongata naik bas lain.Pastu mnyesal,awatlah xnaik ketapi pkul 7mlm,duk rmh bkn nk wat apa sgt.Tp,apa2 pun syukur slamat smpai rmh jumpa famili

Tags: , ,

At last you are here. Be bold. Sieze the moment. Be the first to take the opportunity to post a comment here.

We have beeen waiting for you to arrive here to provide your feedback. Now that you are here, go ahead and post a quick note. We would appreciate it.

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*