Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Pengebumian tok aku.

Pukul 3 pagi sampai rumah tok dan tak boleh tidur lena. Pagi-pagi lagi dah siap nak kebumikan, rasanya pukul 11 pagi solat jenazah. Bila bangun abah aku terang solat jenazah. Lepas tu dia suruh baca Yassin kat tok aku. Aku teringat dalil ini:

“Yasin itu hati al-Quran, tidak membacanya seseorang kerana Allah dan negeri akhirat melainkan dia akan diampuni. Oleh itu, bacakanlah surah Yasin itu untuk orang-orang yang mautakum(akan mati) di antara kamu.” [H.R. Ahmad –hadis lemah]

Hadis ini terang kata untuk orang yang akan/hampir mati, ni tok aku dah mati dah.

“Supaya ia(al-Quran) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup….” [Surah Yassin ayat 70]

“Ajarkanlah olehmu orang-orang yang mautakum (akan/hampir mati) di antara kamu: Laa ilaaha illallah.” [H.R. Muslim dan lain-lain.-hadis sahih]

Tambahan pula, imam Syafie yang merupakan imam mazhab rasmi Malaysia kata; bacaan al-Quran tak sampai kat orang mati. Kerana apabila mati seorang hamba, terputuslah amalannya, kecuali anak yang mendoakan kedua ibu bapanya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Tapi orang Malaysia sendiri keluar mazhab dan ikut imam mazhab lain yang kata bacaan al-Quran sampai kat orang mati. Nabi s.a.w. wafat, tak ada sapa-sapa pulak baca Yassin kat dia. Masa Nabi s.a.w. hidup pun, dia tak pernah baca Yassin kat orang mati. Sahabat Nabi s.a.w. mati pun, tak ada sapa-sapa pun buat kenduri arwah, imam mazhab kita pun tak pernah buat kenduri arwah kat orang mati masa dia hidup, masa imam mazhab mati pun, tak ada sapa-sapa buat kenduri arwah dan baca Yassin kat dia.

Akhirnya aku terpaksa duduk dan baca Yassin dengan niat baca al-Quran, bukan baca untuk orang mati. Kemudian aku baca satu juz al-Quran dengan niat baca al-Quran dan bukannya baca untuk orang mati.

Masa dah mandi kemudian dikafankan, semua orang kuncup dahi tok, aku pun tak terlepas juga dan keluar air mata juga, sedih sangat. Kemudian solat jenazah dan tanam. Tok imam pulak duk baca talkin, biasanya depa akan kata untuk insafkan orang yang mai, sedangkan mai tengok pun dah insaf. Bukannya tok aku yang mati tu boleh dengar pun tok imam kata apa. Ingat soalan bocor SPM boleh pi duk habaq jawapan bagi pertanyaan malaikat munkar dan nakir. “Ni aku habaq jawapan, nanti dia mai jawab macam ni.”

Macam biasa, malam mesti buat kenduri arwah dan baca tahlil. Aku cuma duduk saja dan beristigfar, orang angkat tangan doa, aku pun angkat ja. Cuma berlakon saja, memang kesian kat tok aku. Kita tanam pokok durian pun bertahun-tahun baru boleh makan buah, tapi orang mati tanam siang hari, malam dah boleh makan. Kami semua makan roti canai, tak sedap sebab dah sejuk. Sepatutnya, orang yang melawat tu la kena bagi makan kat keluarga si mati supaya tak bersedih, ni duk perhabis duit pusaka keluarga si mati. Dah lah penat urus jenazah dan tanggung kesedihan, kena jamu orang makan pulak. Buat 3 hari pulak tu kenduri ni, lepas ni buat 14 hari pulak. Waktu orang mati, Nabi s.a.w. sendiri suruh orang pi buat makanan kat keluarga si mati kerana dia ditimpa kesusahan.

Gambar Tok Mah Mohamad Afiza bin Hamzah

Gambar Tok Mah Mohamad Afiza bin Hamzah

Translate to English

At graveyard

I cannot sleep that night that I reached village to see my grandmother for last time. I do not want to translate to English because too difficult for me or for anyone to understand.


Dah habis baca? Baca yang ini pula:


    Jangan lupa KOMEN tau!!
  1. Pemergian tok aku ke alam lain.
  2. Azam dan Perancangan Tahun Baru 2009
  3. Jurnal Mohamad Afiza bin Hamzah Sabtu 14 Mac 2009
  4. Categories: kehidupan
    edazuraida
    aku pon cedih gak..aku terkezut gler bli dpa call kata tok mah da xda,padahal petang 2 aku p pokpk sena tok ok ja..cma dia letih ja..al fatihah..
    29 January 10 at 12:45