Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.

Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.

Hari ini aku lulus ujian JPJ. Alhamdulillah, aku mula-mula risau kat titi tu, takut jatuh atau tak cukup 7 saat. Nampaknya aku nak kongsi la pengalaman untuk lulus ujian komputer KPP dan test JPJ.

Lulus ujian komputer dan dapat lesen L

Aku ni mula-mula pun risau kalau-kalau tak lulus ujian komputer ni. Kena bayar lagi kalau nak ulang ujian komputer, rugi kalau gagal. Aku dah buat temu janji dengan agen syarikat memandu tu yang aku nak buat ujian pada suatu tarikh. Aku pun bacalah buku yang depa bagi sampai habis. Tengok-tengok, esoknya ujian komputer ditunda kepada minggu depan. Sehari sebelum ujian tu, aku baca lagi dan ditunda lagi.

Lepas tu, aku baca lagi dan alhamdulillah aku pun buat la ujian komputer tu. Ada sorang mak cik sebelah aku tu, dia tak pandai guna komputer. Aku pi ajar dia dan aku habiskan ujian tu lambat la skit. Akhirnya, alhamdulillah aku lulus ujian tu dan salah satu soalan sahaja. Jadi, kalau nak lulus ujian komputer kena lulus ujian buta warna dan sekurang-kurangnya markah 42/50. Mestilah dengar ceramah KPP tu dan jangan tidur.

Lepas tu, baca buku yang depa bagi berulang-ulang sebab semuanya ada jawapan dalam tu. Aku tak buat pun soalan dalam CD atau soalan dalam buku, kalau nak buat juga tak ada masalah. Seminggu lepas lulus ujian baru dapat lesen L selepas kita bagi gambar.

Lulus ujian JPJ dan dapat lesen P

Lepas lulus ujian komputer, aku dengar lagi satu ceramah. Memang kena dengar betul-betul la, kalau catat memang bagus. Aku tak catat, jadi banyak benda yang aku kena tanya kat orang yang jaga di tempat belajar memandu. Kalau ingat semua yang orang tu kata dalam ceramah, gerenti beres. Masa ujian JPJ tu berdebar-debar takut tak lulus dan kena bayar lagi kalau nak ulang ujian JPJ. Aku risau kalau jatuh dari titi dan tak kurang kurang dari 7 saat. Alhamdulillah aku lulus ujian JPJ tu.

Rahsianya, pertama kena yakin la. Kedua, mesti lepas semua dengan lancar. JPJ bukan tengok pun kita buat, ada la sikit-sikit. Depa dua orang duk sembang ja, tak larat dan jemu tengok kami. Cuma jangan jatuh saja dan jangan laju, sah lulus ujian. Kalau diikut syarat-syarat lulus, pertama mestilah pandu di sebelah kiri, bukan di kanan atau di tengah. Aku naik moto EX5 gear 3 sepanjang trek tu. Masa pusing lapan tu mesti pusing 1 ½ dan kaki jangan pijak jalan dan tepi jalan, mesti pandu di kiri jalan. Lepas tu berhenti sebelum garisan kuning dan kaki kanan jangan pijak jalan, kaki kiri saja.

Berhenti atau brek dan tunggu JPJ suruh jalan, baru naik titi. Mula-mula laju atau pulas minyak dan perlahankan dengan perlahankan pulas minyak dan brek perlahan-lahan. Aku tengok JPJ macam tak set masa pun. Jadi, yang penting jangan pecut sudahlah. Kemudian di kon tu jangan jalan lurus, pusing-pusing sikit. Lepas tu jalan macam biasa dan masa nak buat brek kecemasan tu kena lajukan moto dulu dan guna brek kaki dan cepat-cepat guna brek tangan, bagi bunyi brek tu, kaki kanan jangan pijak jalan. Lepas tu jalan mcam biasa. Sampai di tempat simpang tu berhenti, gear bagi neutral dan matikan enjin.

Tunggu arahan JPJ, kemudian hidupkan enjin. Periksa topi, lampu dan cermin sisi. Kemudian letak tangan atas handle dan toleh ke kanan. Kemudian pandang ke depan dan toleh ke kanan sekali lagi sambil arahkan tangan kanan ke kanan. Kemudian toleh ke kiri, pandang ke depan semula dan toleh ke kiri semula sambil mengarahkan tangan ke kiri. Kemudian pandang hadapan dan masuk gear satu sambil tu toleh ke kanan sat. Lepas tu jalan dan masuk gear 3, di pertengahan simpang,depakan atau lambai tangan ke kanan 3 kali, kemudian luruskan tangan ke arah kanan tangan ke kanan.

Semasa di simpang toleh ke kanan sebentar. Kemudian jalan macam biasa, di pertengahan simpang, depa dan lambaikan tangan ke kanan 3 kali dan luruskan tangan ke arah kiri sebelum membelok. Di pertengahan sebelum berhenti, depa dan lambai tangan ke kanan 3 kali dan angkat tangan lurus macam ikrar lau brek dan berhenti. Kemudian neutralkan gear dan matikan enjin. Tongkat moto dengan tongkat dua. Tunggu arahan JPJ dan tolak moto ke depan dan selesai. Lepas tu, pi kat JPJ dan ambil keputusan.

Apa yang anda akan lihat adalah lulus dan ada 1 atau 2 yang dipangkah. Semua ni tipu saja, dia kena pangkah sikit, dan tak boleh bagi betul semua, jadi tak payahlah mengadu yang anda tak buat salah pun. Nanti kalau anda betul semua, jadi berlagak pandai dan tak berhati-hati pulak. Seminggu kemudian baru dapat lesen P.


Dah habis baca? Baca yang ini pula:


    Jangan lupa KOMEN tau!!
  1. Tip memandu kereta untuk dapat lesen kereta P
  2. Azam dan Perancangan Tahun Baru 2009
  3. Tak dapat layari Internet seminggu
  4. Catatan tahun baru 1 Januari 2009
  5. Tawaran Diploma Sains Komputer
  6. Categories: pendidikan
    Hi, outgoing posts there :-) hold responsible’s for the compelling advice
    25 May 09 at 07:51
    ESOK FARA test komputer….soo ada sikit takut rr.can ne ek..kalaw lls ok la tp kalau sebaliknya cm na.mampos mak fara marah .dah baca .tp masih takut rrr………….apa nak buat ek
    26 June 09 at 23:07
    Mohamad Afiza
    aku mula2 pun bimbang, tapi buat macam biasa ja…. tawakal kpd Allah sbb kita dah berusaha baca…
    27 June 09 at 21:47
    supernatural..
    help me pleassss…ak dh gagal 1 kali…bkan gagal…tapi salah tekan..ak tak taw nk tekan ape kalau pilih jawapan a,b,c,d,e….mase ujian penglihatan
    9 March 10 at 10:38
    admin
    ntahla… aku pakai spek mata, bolehla nampak walaupun kabur sikit ujian warna… nasib baik tekan betul…
    10 March 10 at 16:52
    zizi
    aku dah 2kali gagal ujian table test aku sebenarnya ada masalah ingatan apa benda yang kita belajar tak masuk dalam otak…mungkin akhlak aku dah rosak itu memang takdir tapi aku benci sgt ujian itu
    21 April 10 at 15:47
    admin
    apa pulak, ramai juga yg lulus, jawab ikut logik kata mereka, byk jawapan mcm tu.. ya, betul,ya, betul…
    22 April 10 at 01:26
    diena
    zizi: baca buku n bt latihan dgn buku @ CD. kena study betul2 la, mcm kita nk ambik exam yg penting, mcm exam SPM.. bygkn mcm tu.. mnta jgk org trsyg trutamanya, parent kita doakan kita n baca yassin utk kita wktu tu…
    admin: soalan ujian komputer sy ada dua soaln yg berulang..
    19 June 10 at 21:21
    huuuu…bnyak juge tip2 ko kasi..mcm nk psang aqu bce ………
    29 July 10 at 01:09
    huh,im worthless….im 21 and yet dont get my license
    29 July 10 at 01:43