Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Blog Mohamad Afiza bin Hamzah

Tip memandu kereta untuk dapat lesen kereta P

Aku tak tahu langsung nak pandu kereta. Walaupun selalu naik kereta, tak pernah perhati atau ambil tahu tentang kereta. Mula-mula aku daftar di sekolah memandu RM550 untuk ambil lesen kereta. Aku tambah kelas sebab sudah ada lesen motosikal L dan P. Dengar ceramah dan lepas itu bagi gambar dan buat lesen kereta L yang tak boleh guna. Kalau lesen L motosikal boleh memndu seorang diri, tetapi Lesen L kereta mesti ada orang yang diberi kuasa untuk mengajar.

Mula belajar kereta di sekolah memandu, belajar dari menghidupkan enjin hingga berhentikan kereta. Kalau memandu kereta lurus saja tanpa ada kereta lain atau kenderaan lain, siapa-siapa pun boleh sebenarnya. Tapi jalan raya bukan kita seorang saja memandu dan bukannya lurus. Aku belajar memandu 10 jam selama sebulan. Lepas tu baru ujian memandu lesen kereta D dengan JPJ. Test JPJ ini ramai juga orang, berpeluh-peluh aku menunggu giliran.

Dalam kepala otak ini cuma risau ujian bukit dan jalan raya. Alhamdulillah ujian di bukit lulus. Ikut saja apa yang cikgu ajar, tak ada cara lain dah. Nak parking dengan tiga penjuru cikgu dah ajar cheat code dia, ikutlah semua tanda-tanda itu dan mesti boleh punya.

JPJ tu banyak cakap sampai aku pun keliru apa yang patut kena buat. Dia kata ujian jalan raya ini aku tak cekap semasa membelok, brek, tukar gear dan stereng. Asyik cakap banyak, yang ini tak kena, yang itu tak kena, sedangkan kereta aku bawa tak ada apa-apa pun. JPJ gagalkan aku sebab dia kata aku memandu secara berbahaya kerana nak langgar kereta semasa keluar simpang. Dia brek mengejut dan dia kata aku tak tengok kereta sebelah kanan serta nak langgar kereta yang sebenarnya belum berada di depan aku lagi.

Aku terkilan, sebenarnya aku tengok kereta sebelah kanan itu, aku lepas cluth ke depan sikit nak keluar simpang. Lepas tu tekan cluth sampai habis dan belum lepas lagi, tapi JPJ tu dah brek dan kata aku nak langgar kereta sebelah kanan. Kalau aku bertindak bahaya, mestilah ada kereta belakang dan kereta sebelah kanan hon. Tapi, tak ada sesiapa pun hon, aku rapatkan kereta di simpang untuk keluar sebab banyak sangat kereta, bukannya nak terus keluar tak tengok kereta sebelah kanan.

Lepas bengang seminggu aku ambil lain test JPJ dan bayar RM50 untuk jalan raya sahaja. JPJ ni tak cakap banyak sangat macam yang hari itu, tapi tetap ganggu aku apbila dia bercakap. Ntah mengapa tiba-tiba hari itu aku nak tukar gear tengok di gear, sepatutnya tengok depan. Sebelum ini aku boleh saja tak tengok gear untuk tukar gear. Nak masuk simpang tiba-tiba macam mana ntah aku tukar gear dua dan enjin kereta mati waktu nak belok. Aku hidupkan balik dan tukar gear satu dan jalan. Jangan layan JPJ la, nanti hilang tumpuan dan boleh gagal. Buat saja macam yang cikgu ajar. Kalau yang dah cekap naik kereta itu suka hatilah nak layan JPJ itu. Yang baru-baru ini atau yang gementar tak payah peduli. Anggap dia tak wujud di sebelah. Tunggu seminggu pula untuk proses Lesen P.

Di bawah ini adalah markah yang perlu anda lulus, baca semua ini untuk tip memandu kereta.

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas atau download saja.

Tip memandu kereta Lesen memandu kereta

Tip memandu kereta Lesen memandu kereta


Dah habis baca? Baca yang ini pula:


    Jangan lupa KOMEN tau!!
  1. Tip lulus ujian komputer KPP untuk dapat lesen L dan lulus ujian (test) JPJ dan dapat lesen P untuk motosikal.
  2. Categories: pendidikan