Ingatlah!
Aku sejuta kali lebih bernasib baik berbanding mereka yang buta, cacat anggota, terencat akal dan terlantar di katil hospital.
Aku lebih bernasib baik berbanding dengan begitu banyak remaja di negara-negara yang lebih miskin. Jadi, bersyukurlah dan belajarlah bersungguh-sungguh kerana aku diberi peluang.
Aku istimewa dan unik, buatlah yang terbaik. Allah telah menjadikan aku sangat bijak berbanding binatang.
Aku sangat berguna kepada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan diri sendiri.
Aku akan membuat diri aku melakukan yang terbaik sepanjang masa.
Aku mesti berkongsi apa-apa yang aku ketahui dengan orang lain yang memerlukan pertolongan.
Aku akan belajar daripada mereka yang lebih pandai dalam bidang mereka dengan rendah diri dan minda yang terbuka.
Aku akan menggunakan masa, tenaga dan sumber-sumber kewangan dengan bijak kerana aku perlu sedar dan bersyukur ada orang yang tak berjaya sebelum ini dan mereka menyesal.
Aku akan memberikan hadiah yang terbaik kepada mak dan abah iaitu pelajar yang terbaik dan anak yang terbaik antara yang terbaik.
Aku akan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam SPM 2009, Insya Allah.
Aku cukup tak suka buat latihan, tapi ingatlah, banyak-banyak bersabar dan jangan berputus asa, biarlah susah sekarang daripada bersusah di kemudian hari kerana satu hari nanti aku akan jadi seorang yang cemerlang sepanjang hayat.
Ingatlah!! Aku masih seorang pelajar!
Dah habis baca? Baca yang ini pula:
- Catatan Mohamad Afiza pindah ke rumah baru.
- Jadual belajar SPM Mohamad Afiza
- Azam dan Perancangan Tahun Baru 2009
- Catatan tahun baru 1 Januari 2009
- Penyakit baru: fobia H1N1.
Jangan lupa KOMEN tau!!



