Latihan kebakaran
Hari ni perhimpunan dibatalkan, tapi ada latihan kebakaran. Dah la rambut aku pendek, panas matahari. Macam biasa, bomba mai tunjuk cara padam api, murid-murid pun cuba dan cikgu pun nak cuba juga.
Aku pening kepala duk fikir cita-cita, dah nak bagi duit untuk borang matrik. Pak aku kata nak hantar maktab untuk jadi cikgu. Aku pun dah fikir yang SPM ni macam dah tau-tau keputusan, sebab masa aku belajar dalam kelas, memang tak faham. Aku cuma tengok depan dan sikit pun tak faham. Memang buang masa sungguh. Lepas tu aku telefon mak aku dan dia kata beli pi la borang tu. Aku dah tak mau pakai baju sekolah dan terikat dengan peraturan sekolah ni. Beli borang tu dah RM6.50, 5 kupang tu kira duit upah la tu.
Bila fikir-fikir balik, macam bodoh ja kalau aku jadi cikgu sebab lepas belajar banyak mata pelajaran, lepas tu aku khususkan dalam satu pelajaran, kemudian ajar orang balik. Satu apa pun kita tak guna ilmu yang kita belajar selama ni. Kita cuma perlu belajar dan ajar balik benda yang kita ajar tanpa kita guna pun ilmu tu. Abah aku masa potong rambut aku semalam kata, yang aku ni jadi cikgu la senang, gaji mula RM1700 dan jadi cikgu Bahasa Inggeris mudah dapat. Tapi, kalau jadi cikgu PJ atau sivik atau seni lagi rilek. Sambil jadi cikgu, bolehlah buat buku untuk jual. Lepas tu buka pusat tuisyen dan buat duit lagi. Kalau pelajar cuti akhir tahun sebulan, cikgu pun cuti sebulan dan masih dapat gaji. Kerja pun sekerat hari, petang tu mungkin kena mai mesyuarat. Lepas tu buat Degree, PHD, Master dan sebagainya untuk naik gaji lagi.
Translate to English
Today assembly was cancel, but had emergency exercise. My hair so short and very hot. As usual, fireman teach how to use the thing that kill the fire. Student and teachers also want to try.
I feel do not know to say about my ambition, I want to gave money for matrik form. My father, Hamzah bin Ariffin said that want to sent me to maktab so I can be teachers. As I study, I know that I had limit that I can not study anymore as I at class not understand anything, just heard. That waste my time. I called my mom that she want me to buy the form. I do not want to sit at school anymore as must follow school rule of ruthless. The form is RM6.50 but 50 sen for what?
When I think, so stupid if I be a teacher as I had already study many thing. Then I only teach student usually 1 subject. So, the knowledge that I learn not use for my life. My father do something to my hair, so my father become barber for me. He said that become teacher is easy as got salary RM1700 for new teacher a month. He want me to be English teacher but I not expert English language. I also can do part time and write book for student or teach at tution centre. If student holiday for a month, so teacher also holiday and got salary as usual. Work for half day or had meeting some day. Then study for Degree, PHD, Master and other so the salary will increase.
Dah habis baca? Baca yang ini pula:
- Sambutan Hari Guru SMK Tinggi Bukit Mertajam 2009
- Rotan yang dikenang
- Karnival Matematik 2009 SMK Tinggi Bukit Mertajam
- Catatan Mohamad Afiza pindah ke sekolah baru.
- Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan “Home Coming” SMK Tinggi Bukit Mertajam
Jangan lupa KOMEN tau!!



