Rotan yang dikenang
Kaunselor panggil ketua tingkatan pi bilik kaunseling sebab nak bincang pasal borang matrik. Tidak sangka jumpa pengetua dan dia tegur lagi tentang janggut aku dan kaunselor, cikgu Zauriyah pun bangkang aku. Aku cakap sunnah, dia duk kata tak ikut peraturan tu dah tak sunnah. Mana lebih tinggi, peraturan sekolah yang mengharamkan janggut atau sunnah Nabi s.a.w. yang menganjurkan menyimpan janggut?
Adakah orang buat pahala pun salah? Aku bukan buat jahat ponteng kelas dan lain-lain. Dia asyik tanya yang status aku sebagai seorang pelajar, jadi kena ikut peraturan sekolah. Memang kita patut patuh pada pemimpin, tak kan aku nak ikut peraturan sekolah yang bertentangan dengan sunnah? Ingatkan dia nak bagi hadis kata kita kena ikut peraturan sekolah dan janggut tak payah simpan. Mana boleh hujah hadis Nabi s.a.w. ditentang dengan perlembagaan sekolah yang tak bagi simpan janggut. Aku bukannya simpan rokok, dadah dan CD lucah, aku buat benda baik dan buat pahala. Orang buat jahat salah, orang buat baik salah. Pengetua asyik dengan kata tak bolehkah simpan lepas sekolah nanti. Lepas tu dia kata aku ada pendirian aku kat cikgu kaunselor.
Hari ini aku dan kawan-kawan dalam kelas kena rotan oleh kaunselor sebab tak dapat minima 5 A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Kalau dapat 4 A, maknanya tak cukup satu dan kena rotan satu di tangan. Aku pun dah lupa berapa A dapat dan aku cakap 3 dan kena 2 kali rotan. Rupa-rupanya, aku dapat 4 A dan ini terlebih satu. Walaupun sakit tu dah tak ada, tapi sakit dalam hati memang masih rasa. Tak sangka Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam / High School Bukit Mertajam ni rotan orang bila tak cukup A. Tapi, budak Melayu saja yang kena rotan. Kesian juga budak tingkatan 3, minima 6 A.
Translate to English
Counselor, Pn Zauridah want to meet monitor at Counseling Room because to talk about matrik form. Suddenly meet the principal again, all about my beard. I feel to difficult to translate it.
Today I and my classmates had hit by councelor because not got minimum 5 A at Mid Year Exam. If got 4 A, so not enough 1 A, and hit at hant 1 time. I forgot that I got 4 A, and I told that I got 3 A. So, excess 1 hit, although the sick was gone but still feel in my heart. I do not know that High School Bukit Mertajam hit student that not enough A. But, not fair because only Malay she choose, not other race.
Dah habis baca? Baca yang ini pula:
- Lawatan pengetua ke kelas.
- Catatan Mohamad Afiza pindah ke sekolah baru.
- Tak dapat layari Internet seminggu
- Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan “Home Coming” SMK Tinggi Bukit Mertajam
- Latihan kebakaran
Jangan lupa KOMEN tau!!




aku pun kena tp satu je….hahaa