Delegasi Antarabangsa MPP Perlis ke China dan Hong Kong

Posted on: December 31st, 2011 by
Comments Requested

29/10/11

Aku tak ingat masa tapi yang penting tidur dekat UiTM Shah Alam.Kemudian pergi ke LCCT lapangan terbang dan berlepas ke Shenzhen,China

30/10/11

10.00PM Makan malam di Shen Zhen, China

11.45PM Habis makan malam

11.50PM Sampai hotel yang kononnya 5 bintang, tapi aku rasa macam 3 bintang.

31/10/11

5.45AM solat subuh

7.15AM sarapan

Cuaca di sini sederhana.Penduduk pakai t-shirt biasa saja, kami plak yang lebih-lebih pi pakai baju sejuk.Moto tak ada kat jalan raya, yang ada jalan untuk kereta dan jalan basikal serta pejalan kaki.Jalan dia terbalik berbanding Malaysia, kita jalan ikut kiri kalau bawa kereta tapi kat China kalau bawa kiri juga nanti eksiden sebab kat sana ikut kanan.Pemandu kereta pun berada sebelah kiri sebab stereng kereta sebelah kiri.

8.00AM Naik bas

8.30AM Pi Muzium Jade.

Kat sini ramai perabih duit beli batu.Yang murah batu mata kucing. 5 gelang tangan batu tu =  100 Yuan = RM50.Ada juga orang beli moonstone, mula2 pasang lampu, nanti batu tu serap cahaya, lepas tutup lampu batu tu bernyala.

9.45AM Pergi ke Muzium Ubat

Kat sini ramai perabih duit beli ubat.Doktor yang bagi penerangan tu orang Indonesia, dia cakap Indon hal-hal perubatan.Lepas tu setiap dua orang ditemani seorang doktor (dia kata profesor) dan seorang penterjemah Indon.Pastu masuk dalam bilik dan dia tengok tapak tangan untuk kenal pasti penyakit.Lepas tu penterjemah Indon tu tolong terjemah.Aku musykil sekali profesor/doktor tak reti cakap bahasa Inggeris.Aku dia kata ada sakit dekat limpa sebab tu badan aku kurus.Dia suruh beli ubat harga 600 Yuan = RM300 untuk badan sihat.Dia cakap secara memaksa.Pastu dah habis semua aku nak blah dari tempat tu tapi aku tak tau pintu keluar.Pastu kat situ ada juga jual kain sutera dan batu jade.Batu tu nampak sama macam tempat muzium Jade tadi.Pastu tiba2 penterjemah Indon tu cari aku nak suruh beli ubat lain ula yang murah sikit.Pastu aku tak mau dan doktor tu plak cari aku.Aku pusing-pusing tempat tu dan akhirnya lega boleh keluar. Hahaha.

11.15AM Keluar dari Muzium Ubat ke Windows Of the World

11.30AM Melawat Windows of The World.

Dekat sinilah boleh menjelajah seluruh dunia dalam masa 1 jam.Pemandu pelancong tu minta duit untuk siapa-siapa nak sertai tour dan dapat menjelajah semua tempat tanpa berjalan kaki dan naik kereta kabel.Tapi aku nak jalan kaki dan ada yang lain-lain pun jalan kaki.Kat sini petanda aras adalah menara Eiffel.Kalau sesat dekat sini senang saja, cuma cari jalan untuk sampai ke menara tu.Lain-lain bangunan adalah replika mini seperti Taj Mahal, Sydney Opera House, White House, Piramid dan macam-macam lagi.Yang lawaknya orang ambil gambar sambil sepak kaki ke White House.Tapi sebenarnya dekat tempat-tempat replika tu dia tak bagi sentuh.Kat Piramid tu memang depa jaga betul-betul tak bagi naik.Kalau ikut pakej tour tu boleh main salji.Yang penting dekat sini bawa kamera dan memori serta bateri yang cukup sebab banyak gambar menarik nak ambil, bukan senang nak jelajah satu dunia dalam satu hari.Dekat sini ada agen ambil gambar.Dia ambil gambar dan siap petang tu juga gambar dan frame.Tapi dia tak paksa beli walaupun kita tak minta cuci dan buat frame.

1.15PM balik dari pelancongan

1.30PM makan tengah hari

2.00PM Solat Zohor & jamak sekali Asar

3.00PM bertolak naik bas

3.30PM Agen tu minta duit lagi untuk tengok pertunjukan perang zaman China dulu-dulu.

Yang ni aku bayar sebab nak tengok macam mana.Biasa saja, tak la best sangat dia tunjuk perang naik kuda ni.Tengok kat TV lagi best.

4.30PM Tengok persembahan Splendid China.

Yang ini lebih kurang macam apa aku pun tak tahu nak cerita. Tapi ada tarian kebudayaan dan memang penuh warna-warni.Boleh tahan la persembahan ini.

5.30PM Pergi beli cenderamata dekat kedai cenderamata dekat-dekat sini.

6.00PM Pi Louhu Commercial City.

6.30PM Membeli belah dekat Louhu Commercial City.

Bangunan beli-belah ni memang tempat orang tawar-menawar gila-gila punya.Kat sinilah ramai shopping dan tawar-menawar barang-barang.Barang elektronik memang bahaya sebab semuanya cetak rompak.Ada Ipad, Iphone dan lain-lain lagi.kalau kita tanya harga berapa dia akan letak harga tingi-tingi punya. Lepas tu kita minta kurang dia tekan-tekan kalkulator tunjuk harga.Pastu kita minta kurang lagi dia tekan-tekan kata paling kurang harga yang dia letak.Lepas tu kita tak mau beli, tiba-tiba dia kata dia nak jual dengan harga tu.Kalau kita tak beli dia marah-marah siap bawa geng lagi.

Tips kalau nak beli barang dekat Louhu Market:
-Pertama kali kena yakin nak beli barang-barang tu baru tanya harga.
-Kemudian cek semua barang dan kualiti barang yang kita minat seperti saiz, warna dan kalau barang elektronik tu cek semua fungsi dan minta memori kad sekali dan jangan tanya harga lagi.
-Jangan pandai-pandai letak harga, contohnya dia cakap 100 Yuan dan kita minta kurang ke 80 Yuan.
-Suruh dia kurangkan harga sendiri sampai dia tak berhenti bagi kurang.
-Kemudian dia akan suruh kita letak harga yang kita nak beli dan letak harga 80% diskaun daripadaharga asal yang dia sebut.
-Kemudian dia akan tolak tawaran kita dan letak harga lain.
-Lepas tu kita keluar dari kedai tu.
-Tiba-tiba dia akan panggil kita dan dia kurangkan lagi harga.
-Minta kurangkan harga lagi sampai dekat-dekat 70%. Kemudian keluar kedai kalau dia tak bagi.
-Dia akan panggil kita lagi dan dia akan letak “last price”, sama ada dia terima 70% atau 60%.
-Kemudian kena beli barang tu, kalau tak beli nanti jadi pergaduhan pulak deat situ.
-Masa dia bungkus barang tengok betul-betul, nanti dia akan letak yang kualiti tak elok atau palsu dalam beg plastik.Kalau barang elektronik minta jangan letak dalam kotak dan pegang saja dengan tangan.

Pengalaman yang aku tulis ini adalah sebab aku dah pernah terkena.Lain yang ditunjuk lain pula yang dia bungkus. Harga pun terkena, kalau aku beli dekat Ebay harga yang aku dapat tu siap dengan harga pos, maksudnya barang yang aku tawar boleh kurang lagi harganya sebab itu aku suruh tawar dengan harga 80% kurang dari harga asal.Paling maksimum tawar 50% sahaja.Lebih dari itu dah memang kena tipu banyak.Lagi satu barang macam pendrive, memori dan dan yang boleh simpan memori tu kalau boleh jangan beli sebab barang palsu. Memang kalau kita cucuk dekat komputer akan keluar contohnya 32GB tapi bila kita transfer fail dalam tu akan jadi corrupted dan tak boleh guna.Kalau transfer fail sikit-sikit masih ok lagi, tapi kalau dah banyak habis rosak semua fail.Pendrive beratus-ratus GB tu semuanya tipu belaka.Ramai yang beli beg bagasi dekat sini.

10.00PM Balik dari membeli belah ke tempat makan

11.00PM Balik ke hotel

1/11/11

9.50AM Bertolak ke Hong Kong

11.00AM Sampai di Hong Kong

12.30PM Sampai di pulau Hong Kong jalan-jalan ambil gambar dekat tepi laut.

1.30PM Solat Zohor dan jamak sekali Asar dekat Masjid Ammar.

Tingkat atas sekali ada tempat makan.Ramai orang Islam dekat sini.

2.30PM Pergi ke tepi laut nelayan.Ada yang naik bot/sampan.

3.30PM Melawat Muzium permata dan mutiara.Harga mutiara memang mahal la.

4.00PM Bertolak ke pantai.

4.30PM Berjalan-jalan sekitar pantai

Boleh nampak rumah Jackie Chan dari jauh.Dekat sini ada hotel yang ada buat lubang khas yang dipercayai laluan naga.Kawasan dekat sini depa percaya banyak ong.

5.00PM Bertolak ke Victoria Peak

5.30PM Melawat di Vicoria Peak.

Dari sini boleh tengok dari atas bukit permandangan sekitar Hong Kong.Dekat bangunan sini ada tempat patung aktor Hong Kong.Dekat luar ada beberapa patung yang kita boleh ambil gambar percuma.Kalau masuk dalam ada banyak lagi patung yang kalau kita ambil gambar nampak macam “real”.Tapi aku tak masuk pun sebab tak ada kawa-kawan yang masuk.Lepas tu ramai yang membeli cenderamata dekat sini.

7.00PM Balik

7.10PM Makan malam.

8.00PM habis makan balik ke tempat penginapan.

Motel kalau tak salah, mati-mati kami ingat hotel. Dahlah sempit sangat, 4 orang 1 bilik yang sempit,nak solat pun susah.Malam tu membeli belah di pasar malam sekitar tempat penginapan.Rupa-rupanya cenderahati dekat sini lagi murah daripada dekat tempat Victoria Peak tadi.

2/11/11

9.00AM bertolak keluar melancong.

9.30AM Makan di restoran mamak.

10.15AM Habis makan dan bertolak ke Universiti

10.30AM Sampai di Universiti Of Polytechnic Hong Kong

Ingatkan Universiti Of Hong Kong, rupa-rupanya politeknik sahaja tapi nampak macam universiti.Kat sinilah ambil bambar puas-puas sebagai bukti lawatan antarabangsa.Hakikatnya tak ada pun pertemuan dua hala antara pelajar Hong Kong dengan Malaysia.Setakat ambil gambar dengan mereka sahaja.

11.00AM Pergi ke pusat bebas cukai,tak ada apa-apa pun nak beli, mahal juga.

11.45AM Bersiar-siar sekitar Avenue Star

Dekat sini ada tapak tangan bintang-bintang Hong Kong dekat atar jalan.jalan dekat sini tepi pantai,memang menarik ambil gambar di sini.

1.00PM Makan tengah hari

2.00PM Solat zohor dan jamak asar di masjid

3.00PM Membeli belah sekitar Hong Kong dan melawat taman sejarah, ada muzium sejarah kecil dekat sini.

6.00PM Makan malam di restoran India

7.30PM Membeli belah sekitar tempat penginapan

3/11/11

9.45PM Sarapan

10.45PM Habis makan di restoran mamak

11.30PM Membeli belah sekitar Hong Kong

2.00PM Makan tengah hari dan solat

3.20PM Bertolak ke lapangan terbang

7.30PM Sampai di lapangan

8.00PM Berlepas naik kapal terbang Air Asia

11.20PM Sampai di Malaysia

12.00AM Balik ke Perlis naik bas.

3.05AM Sampai di UiTM Perlis.

Artikel ini tak habis lagi tulis ada banyak benda lagi nak cerita.Mesti hairan di mana Hong Kong Disneyland?Berapa kos seorang?Dari mana dapat duit?Siapa ejen pelancongan? Nantikan dalam sambungan akan datang.

Mesti pelik, pergi beberapa hari tapi aku tulis semua ni 3 jam sahaja. Dan orang yang baca tak sampai 3 jam untuk baca cerita ni.


At last you are here. Be bold. Sieze the moment. Be the first to take the opportunity to post a comment here.

We have beeen waiting for you to arrive here to provide your feedback. Now that you are here, go ahead and post a quick note. We would appreciate it.

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*