Penjelasan isu-isu UiTM Perlis 2011

Posted on: December 24th, 2011 by
Comments Requested

Berikut adalah beberapa isu-isu UiTM Perlis 2011 serta penjelasan mengikut peribadi aku, kemungkinan ada salah dan silap jadi aku tidak pos di blog MPP UiTM Perlis

Aircond di blok C dan E tidak berfungsi lagi sebab ada wayar yang tak boleh sambung.InsyaAllah semester depan/tahun depan boleh guna aircond.

Oren tidak jadi dirobohkan kerana Lemon tidak cukup menampung semua pelajar UiTM.Asalnya Lemon dibina untuk dirobohkan Oren dan dibuat tempat parking atau pembesaran jalan serta dewan makan siswa dibuka semula.

Dewan makan siswa kemungkinan besar akan dijadikan dewan serbarguna berbanding tempat makan.

Dewan Dahlia akan ditutup daripada digunakan untuk peperiksaan atau digunakan untuk tujuan lain.Kebanyakan pelajar baru siswa lebih kerap turun berhampiran kolej siswi disebabkan kebiasaan mengadakan peperiksaan di situ berbanding pelajar lama,ini mengukuhkan lagi kenapa perlu tutup dewan Dahlia dan dibuka dewan siswa sebagai dewan serbaguna.

Tahun 2012 kementerian tidak memberikan bajet untuk kelengkapan sukan,apa-apa yang dijanjikan oleh UiTM untuk kelengkapan sukan dibatalkan sebab tak dapat duit.

UiTM Perlis setiap tahun meminta projek membesarkan jalan.Setakat ini projek diluluskan tapi sampai sekarang duit belum masuk UiTM Perlis.Atas nasihat UiTM Shah Alam,UiTM Perlis mengambil langkah untuk mewujudkan jalan sehala disebabkan faktor-faktor keselamatan di mana kenderaan biasanya memandu dengan laju dan pejalan kaki pula suka berjalan ke tengah jalan.Projek ini adalah termasuk susur gajah atau laluan berbumbung pelajan kaki dari kolej siswi hingga ke pintu pagar UiTM.

Projek bangunan terbengkalai di UiTM adalah disebabkan kontraktor lari dan apabila diganti masih ada masalah. Untuk menukar dan mencari kontraktor baru terpaksa mengalami proses satu tahun.

Wifi di setiap kolej telah berjaya dipasang tetapi terdapat beberapa masalah.Wifi di kolej masih belum disangkar dan hal ini telah diberitahu ke pihak atasan.Pihak USMB tetap memasang wifi walaupun pihak fasiliti masih belum menyiapkan sangkar.Hal ini boleh menimbulkan kecurian seperti di kolej Cengal 7 (Nyatoh) serta pelajar menggunakan router untuk bermain game lan menyebabkan internet selalu terputus.Pelajar yang mendownload movie setiap hari juga menyebabkan internet perlahan, adalah lebih baik berkongsi fail daripada download benda yang sama.

Projektor LCD di setiap kelas berjaya dipasang tetapi masih ada tempat yang tidak dipasang.Masalah yang timbul sama seperti wifi iaitu LCD di BK tidak mempunyai sangkar menyebabkan kecurian boleh berlaku.Harga LCD bukan ratus, tapi ribu.

Isu parking juga dibangkitkan di mana tiada papan tanda khas yang tetap serta tiada kotak parking yang betul untuk pelajar.Tujuan dipusatkan parkir kenderaan pelajar adalah untuk mengurangkan pergerakan pelajar menggunakan kenderaan setiap kali hendak ke kelas untuk mengelakkan kesesakan.Tempat-tempat parkir motosikal yang lama juga ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih sistem paip serta landskap di mana kenderaan pelajar berterabur di merata-rata tempat.Pada asalnya memang pelajar dikhaskan untuk meletak kenderaan di belakang dewan Sri Semarak.Tetapi sejak kebelakangan ini sudah menjadi kebiasaan pelajar meletak kenderaan berhampiran kelas. Jadi tidak menjadi kesalahan pihak UiTM untuk melarang pelajar meletak kenderaan berhampiran kelas disebabkan sebelum ini di situ bukanlah tempat parkir pelajar, tempat parkir pelajar pada asalnya adalah di belakang dewan sahaja.

Program usahawan di UiTM biasanya di caj mahal oleh UiTM terutama di belakang Anjung Siswa disebabkan pelajar sendiri tidak berniaga 100%.Masalahnya di sini adalah pelajar menjadi orang tengah di mana membawa peniaga luar.Jikalau pelajar betul-betul boleh menguruskan lebih kurang 70% untuk jualan, tidak menjdai masalah untuk UiTM menurunkan harga sewa tapak.

Pelajar yang berniaga di kolej perlu mendapat kebenaran Pegawai Pembangunan Pelajar untuk berniaga dan tempat yang boleh diniagakan adalah di pantri di bawah kolej.Dilarang sama sekali berniaga bilik ke bilik seperti berniaga nasi lemak dan burger.Hal ini disebabkan faktor-faktor keselamatan dan kesihatan. UiTM mahu memberi pelajar berniaga tetapi kebanyakan berniaga secara haram di mana UiTM tidak dapat mengesan dari mana datang makanan tersebut.Jikalau terjadi keracunan makanan, susah untuk menjejaki peniaga tersebut.Mereka yang menjual dari bilik ke bilik boleh meneybabkan kes kecurian di mana kadang-kadang pelajar tidak mengunci bilik dan hal ini diambil kesempatan oleh peniaga.

Hari minggu Sabtu dan Ahad memang ada pekeliling di mana pensyarah dilarang mengadakan sesi pembelajaran. Hal ini termasuklah kuiz, test dan kuliah. Tetapi diberi kelonggaran jika pensyarah tersebut ada kursus atau mesyuarat yang memerlukan diganti pada hari cuti.Pelajar mempunyai hak untuk melaporkan kepada pihak atas daripada pensyarah seperti koordinator program mengenai mana-mana pensyarah yang membuat kelas tanpa sebarang alasan kukuh kerana hari cuti adalah untuk pelajar menggunakan sebaik mungkin dalam persatuan dan sebagainya.

Mula-mula sebelum jadi MPP macam-macam nak minta,rupa-rupanya bila dah jadi MPP baru tau senang ka susah dan yang mana satu perlu diutamakan. Semuanyanya memakan masa dan usaha pihak-pihak tertentu untuk bergerak. Mungkin bela ayam lebih senang daripada nak bela manusia. Lain-lain tambahan akan ditambah kemudian.Sebarang pertanyaan boleh berjumpa terus dengan aku kalau tak jelas.Sekian.

Mohamad Afiza bin Hamzah
PNYDP Akademik
MPP UiTM Perlis 2011/12


At last you are here. Be bold. Sieze the moment. Be the first to take the opportunity to post a comment here.

We have beeen waiting for you to arrive here to provide your feedback. Now that you are here, go ahead and post a quick note. We would appreciate it.

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*