Penjelasan Isu UiTM Perlis bahagian 3

Posted on: January 17th, 2012 by
1

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu NR UiTM Perlis.

1. Jalan sehala

2. Parking

3. Laluan berbumbung

Jalan sehala sudah diberitahu sebab apa dibuat. Jalan raya dalam UiTM sempit, pejalan kaki suka jalan makan jalan ke tengah dan kenderaan laju.Disebabkan laluan berbumbung tiada lagi, jalan sehala dicadangkan oleh UiTM Shah Alam.  Laluan pejalan kaki berbumbung diluluskan tetapi masih tak sampai duit ke UiTM Perlis dan tiap-tiap tahun rektor UiTM Perlis mengungkit isu yang sama. Kita sedia tahu projek kerajaan kalau harganya 1 juta, mesti ada 2 juta untuk jalankan projek. Ini merupakan masalah korupsi sesetengah orang dalaman, tidak dapat disangkal lagi ada hal birokrasi yang memang kita dak dapat nampak dan buktikan. Pihak kontraktor pun akan lari jika tahu projek ini berharga sekian-sekian sedangkan mereka perlukan lebih lagi untuk jalankan projek.

InsyaAllah masih belum rasmi tetapi kita akan menggunakan kepakaran dalam seperti Fakulti Kejuruteraan Awam dan lain-lain untuk buat laluan berbumbung dan sebagainya.Harap-harap pelajar tak salah tafsir UiTM mempergunakan pelajar untuk projek UiTM tetapi untuk membantu memajukan UiTM sendiri.

Dihangatkan lagi dengan UiTM Perlis mencadangkan parkir berpusat di mana pelajar yang parkir dekat kelas tidak dibenarkan. Alasannya sebab mengurangkan pergerakan di dalam kampus. Tidak pernah UiTM wartakan tempat dekat dengan kelas adalah parkir pelajar. Kalau kata hendak tuntut tempat parkir asal sememangnya tidak boleh kerana tempat tersebut UiTM tak pernah kata boleh parkir. Kalau pelajar kata parkir jauh, pelajar kolej juga boleh kata mereka juga jauh, terutama pelajar perempuan di kolej Dahlia. Adakah jika pelajar NR dapat parkir dekat dengan kelas selepas ini timbul isu pelajar kolej minta kolej sebelah dengan kelas? Kita dah tahu tujuan asal parkir berpusat supaya pelajar parkir dan bukannya untuk bergerak ke kelas.

Berikut adalah alasan-alasan biasa:
1. Lambat ke kelas
2. Jauh dari kelas
3. Permandangan tak elok
4. Staf parkir kenderaan merata-rata tempat boleh pulak
5. Ambil hak parkir pelajar yang lama
6. Nak cepat sampai ke kelas
7. Hujan nanti basah

Cuba bayangkan pelajar kolej, bilik mereka umpama kenderaan dan mereka parkir di kolej. Apa bezanya mereka jarak kelas dengan NR yang parkir kenderaan di tempat parkir berpusat? Sama jauh pelajar yang tinggal di kolej dengan pelajar yang parkir di pusat.

1. Kalau dah tau lambat pi kelas, tidur awal, bertolak awal
2. Kalau dah jauh dari kelas, pelajar kolej pun sama, makan masa 10 minit untuk ke blok E jalan kaki
3. Permandangan tak elok sama saja dengan yang parkir merata-rata
4. Staf parkir merata-rata itu memang cari nahas, tapi masalah pihak keselamatan juga diakui
5. Sebenarnya UiTM tak pernah bagi kebenaran langsung bahawa di situ tempat parkir pelajar
6. Kalau nak cepat datang awal dan tak sampai 15 minit pun untuk datang awal, lagipun tak ada beza pun pelajar NR dahulu dan sekarang, dah jadi kebiasaan sesetengah pelajar NR suka datang lewat walaupun dahulu boleh parkir dekat dengan kelas
7. Pelajar kolej pun basah juga, bawa payung. Boleh guna masa hujan dan masa panas.

Cuba bagi alasan selain di atas untuk menyangkal hujah di atas?

Isu seterusnya penempatan pelajar secara berpusat. Sudah ada borang soal selidik diberikan suatu masa dahulu berkenaan hal ini. Daripada apa yang aku tahu dahulu sudah hendak jadi, tapi tiba-tiba kata tidak jadi. Sejak dua menjak ini tiba-tiba kata jadi balik. Sebab dahulu ta jadi disebabkan:
1. Sewa mahal, RM180 seorang
2. Mahu ramai pelajar tinggal di sini
3. Walaupun pelajar bayar sewa tiap-tiap bulan, sampai mati pusat penempatan tersebut tidak jadi hak milik UiTM yang kekal sebab kita bayar sewa dan bukan bayar ansuran.

Pertama, perlu diketahui pusat penempatan NR ini bukan UiTM yang bina. Ada syarikat lain yang bina dan UiTM hanya perlu tanda tangan kontrak sahaja.

Isu di sini

1. Sewa mahal, pelajar tak mampu
2. Kita tak cukup untuk memenuhi angka yang syarikat tetapkan melainkan UiTM wajibkan semua NR tinggal di sini
3. Lebih baik buat pusat penempatan yang ada hak milik kekal
4. Kalau murah tiba-tiba pelajar kolej juga hendak duduk luar sebab banyak kemudahan

Tetapi, aku akan dapatkan maklumat lain yang lengkap akan hal ini, mengapa tiba-tiba hendak ambil tempat ini sebab dahulu kata nak cari tempat lain.

Borang soal selidik persepsi NR terhadap penempatan pelajar NR secara berpusat


One Response to Penjelasan Isu UiTM Perlis bahagian 3

  1. jali5477 had this to say about that:

    senang jer, . . . . naek basikal, . . . . lebih sihat, lebih jimat, lebih manfaat, . . . . . jadi macam kami, NR yg naik basikal, . . vroom vroom, . . . . hehehe

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*