Posted on

Pengalaman balik rumah dari UiTM sempena cuti pertengahan semester

Semalam sebelum koko aku pi Oren, lauk yang biasa aku makan tak ada pulak, biarlah dulu tak payah beli lagi makan malam. Malam tu kawan-kawan ajak pi keluar makan, depa kata aku tak pernah keluar dengan depa, jadi apasalahnya sekali sekala keluar. Paan belanja makan Radix Chicken House dan belanja tambang teksi. Nak balik kami tak pesan kat pemandu teksi tu, kena telefon orang lain, Azim pulak yang belanja.

Kalau nak diikutkan belanja tambang dekat RM60 untuk dua teksi. Apa-apa pun, terima kasih kat kawan-kawan sebab ajak keluar,belanja makan dan tambang. Aku makan malam hari-hari RM1.50 saja, tapi malam tu dapat makan sedap dan yang penting percuma. Semoga kawan yang belanja itu murah rezeki, lain kali boleh belanja lagi.

Pagi-pagi bangun cek internet, laju gila. Ramai yang dah balik rumah semalam. Pagi ini aku baru nak balik rumah dengan kereta api, saja nak cuba. Pukul 9.30 pagi pi tapak teksi lama nak naik bas UiTM pi stesen kereta api. Rupa-rupanya bas tu komander nak pi rombongan ke Selangor. Aku, Bazli, Aiman dan Haziq pun tumpanglah sat.

Continue reading Pengalaman balik rumah dari UiTM sempena cuti pertengahan semester