Posted on

Ikut janji Islam, bukan janji Melayu!

Janji Melayu ni selalu disebut apabila seseorang itu marah kepada orang yang janji tapi tak tepati masa. Janji nak berjumpa pukul 9.00 pagi, tapi 9.45 pagi baru sampai. Hal ini disebabkan orang yang berjanji itu baru hendak bersiap tepat pada masa yang dia janjikan. Contohnya kena berjumpa pukul 9.00 pagi, tapi pukul 9.00 pagi inilah baru dia bangun, sarapan, mandi dan bertolak nak berjumpa. Apabila sampai dah lewat 30 minit hingga 45 minit kebiasaannya. Ataupun dalam kehidupan sehari-harian, pukul 8.00 pagi bermula majlis, tapi masa inilah baru nak bertolak ke tempat perjanjian. Sepatutnya bertolak awal 15 hingga 30 minit awal.

Jadi, penyelesaiannya, semua orang hendaklah ingat, kalau berjanji hendaklah bersiap awal sejam sebelum masa yang dijanjikan. Bukannya masa yang dijanjikan itu baru nak bersiap atau nak bertolak. Kalau semua orang ikut iaitu bersiap sedia awal sejam sebelum masa yang dijanjikan, sudah tentu akan tiba awal atau tepat-tepat pada masa yang dijanjikan.

Jom kita tukarkan istilah janji Melayu kepada janji Islam! Sebelum buat perjanjian masa dengan sesiapa, pesan siap-siap bahawa kena ikut janji Islam dan bukan janji Melayu! Mesti sharp on the time, bukannya samsung, toshiba atau jenama lain.