Posted on

Banjir sekali lagi di rumah aku Taman Bukit Kayangan April 2011

Hari ni makan nasi banjir.Nasi kat pusat banjir mewah juga sbb dapat makan nasi tomato dgn ayam ros.Petang penat mencuci rumah aku kat Kangar yg baru surut dari banjir,sakit habis badan.Esok nak mengemas rumah pulak rasanya.Malam makan ikan lampam yg abah jala,memang sedap sebab segar lagi.Esok rasanya makan ikan besar yg abah pukat pulak.Dugaan banjir,rezeki ikan.Alhamdulillah.

Sempena banjir, insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Posted on

Lagu UiTM terkini: Wawasan Setia Warga UiTM

Lagu UiTM terkini: Wawasan Setia Warga UiTM

Klik di sini untuk muat turun!

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

Posted on

Senarai check list nak pergi UiTM

“Barangsiapa membaca surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas tiga kali setiap pagi dan petang hari, maka itu (tiga surat tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.”
[ HR. Abu Daud 4/322, At-Tirmidzi ]

Ibnu Abbas r.a. berkata, “Penduduk Yaman pergi haji dan mereka tidak menyiapkan bekal apa pun untuk perjalanan mereka. Bahkan, mereka berkata, ‘Kita semua bertawakal kepada Allah.’ Apabila mereka telah tiba di Mekah, mereka meminta-minta kepada orang banyak. Kemudian Allah menurunkan ayat  (al-Baqarah: 197) yang berbunyi, ‘Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.'”