Posted on

Soalan sebenar PTD Sesi November 2016

SOALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK NOVEMBER 2016

Klik untuk muat turun: soalan-ptd-november-2016

BAHAGIAN A

1 ) Antara program-program perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah
I . Program Bantuan Rumah
II . Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Skim Rumah Insan Amanjaya
IV . Rumah Mesra Rakyat

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2 ) Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

3 ) Isu-isu berikut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kecuali
A ) pembangunan komuniti setempat.
B ) hak dan tuntutan pembeli rumah.
C ) pelaksanaan konsep kejiranan hijau.
D ) pembangunan fasiliti kawasan luar bandar.

 

KLIK CONTINUE READING UNTUK BACA SELANJUTNYA

Continue reading Soalan sebenar PTD Sesi November 2016

Posted on

Cermin Mata Terapi Merawat Rabun Jauh dan Dekat (Pinhole Glasses)

a) Adakah anda mempunyai penyakit mata seperti rabun dan lain-lain?

b) Adakah anda tidak suka dan tidak selesa memakai cermin mata anda sekarang?

c) Adakah anda ingin bekerja yang tidak memerlukan penggunaan cermin mata?

Memperkenalkan, cermin mata terapi merawat pelbagai penyakit berkaitan mata.

Kenali beberapa masalah mata:

1.Rabun dekat:
Rabun dekat disebabkan titik fokus imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya.

2.Rabun jauh:
Rabun jauh disebabkan titik fokus imej ditumpukan di hadapan retina bukan di atasnya.

3.Astigmatisme:
Astigmatisme disebabkan sesetengah sinar cahaya terfokus pada retina dan yang lain terfokus di hadapan atau di belakang retina.

4.Katarak:
Katarak disebabkan kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.

Cara cermin mata terapi berfungsi:

Sedikit sinar cahaya memasuki lubang-lubang kecil dan fokus selari tepat pada retina dan menyebabkan semua objek kelihatan jelas.

Kelebihan cermin mata terapi:

Sesuai untuk masalah mata seperti rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme, katarak dan ketegangan mata (daripada skrin komputer)

Cara penggunaan cermin mata terapi :

1.Cermin mata ini berfungsi sebagai alat senaman untuk melatih saraf pada mata anda fokus pada titik asal pada retina.

2.Pemakaian 15 minit hingga 1 jam sehari, selama 1 bulan dapat mengurangkan “power” atau tahap rabun anda 20% hingga 30% atau lebih daripada 50%.

3.Konsepnya mudah: Semakin lama dipakai, semakin berkurang masalah mata anda.

Harga murah dan tetap: RM 30.00 sahaja

Pembayaran: Cash and carry

Dijual khas untuk kawasan Bukit Mertajam sahaja. Kawasan lain akan datang.

C.O.D. / Urusan jual beli: Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam sahaja.

Berminat?

SMS/call: 012 5454 508/ 013 4839 100

Emel: terapi@pja.my

FB: www.facebook.com/mohamadafiza

Posted on

Nasi goreng pelajar

Sepanjang aku duduk di UiTM rupanya aku tak tahu makanan luar bagaimana harganya. Biasanya selalu terkena yang mahal. Tapi masih ada yang murah, cuma kena pandai cari. Restoran Cik Tah dekat dengan pintu gate A UiTM Perlis. Nampak macam warung biasa, tapi nama dia restoran.

Aku pesan nasi goreng ayam. Lepas tu mak cik tu suruh duduk sekejap dan dia bagi air oren. Bila dapat nasi tu aku tengok banyak juga nasinya. Nak kata sedap tu biasa sajalah bagi aku rasanya. Masa nak bayar dia cuma minta RM2.50 sahaja.
Kalau kedai lain, dah tentu RM3.50.Tempat  ni siap sekali air percuma pulak tu. Lepas ni bolehlah berjimat selalu makan dekat sini.


Posted on

Alternatif kpd Turbo C++ 4.5 utk 64 bit

Sebenarnya Turbo C++ 4.5 tak boleh install untuk 64 bit. Jadi, gunalah Dev C++. Ada sedikit perbezaan dalam menulis program menggunakan Dev C++.

Download di sini: http://www.mediafire.com/?191hpnachqhmpa5

Di bawah ini cara menggunakan Dev C++:

#include<iostream>

#include<string>

using namespace std;

int main()

{

//Kod program di sini

system(“PAUSE”);

return EXIT_SUCCESS;

}

//Function di sini

Sila lihat contoh program ini:

Turbo C++: http://paste.pja.my/23

Dev C++: http://paste.pja.my/21

Category: M utk magazine,  S utk stationary

Bezanya sedikit sahaja.

Kalau ada masalah sila tanya. Terima kasih!

Install Turbo C++ 4.5 for 64 bit

Posted on

Lagu UiTM terkini: Wawasan Setia Warga UiTM

Lagu UiTM terkini: Wawasan Setia Warga UiTM

Klik di sini untuk muat turun!

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin