Posted on

Qasar solat semasa sambung belajar

Aku lahir di Perlis, tetapi menetap di Pulau Pinang. Aku akan sambung belajar di Perlis. Maka aku akan qasar/pendekkan solat menjadi dua rakaat (kecuali solat Maghrib). Hal ini disebabkan aku bukannya ingin menetap di Perlis. Tempat aku menetap adalah di Pulau Pinang. Selepas habis belajar tiga tahun aku akan kembali ke tempat aku menetap. Kesimpulannya, aku adalah musafir selama tiga tahun belajar Perlis dan aku qasar/pendekkan solat  menjadi dua rakaat (kecuali magrib).

Ini adalah dalil-dalilnya:

Miswar bin Makhramah berkata – Kami bermukim dengan Sa’ad radiallahu-anhu di salah satu desa di wilayah Syam selama 40 hari dan selama itu Sa’ad tetap mengqasarkan solat sementara kami menyempurnakannya.

Berkata Nafi’ – Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu bermukim di Azerbeijan selama 6 bulan dan tetap bersolat 2 raka’at qasar (kecuali Maghrib) kerana tertahan oleh iklim bersalji ketika memasuki kota tersebut.
Continue reading Qasar solat semasa sambung belajar