Panduan pendaftaran pelajar baru UiTM

Posted on: May 20th, 2011 by
3

Ini artikel tahun lepas.
Aku nak cerita sikit walaupun sebenarnya panjang mengenai kehidupan di UiTM Arau, Perlis ni. Ada banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi ni baru sikit saja. Nanti kalau rajin aku tambah la.

Jadual kuliah

 

Bangun ke kelas awal macam pi sekolah tapi paling awal pun kelas pukul 8pg.Jadual kelas bukannya direct terus, ada juga kosong, contohnya ada kelas yg mula pukul 9pg, ada pukul 10pg dan sebagainya, kena tengok jadual juga, kebiasaannya pukul 8pg. Lepas tu rehat pukul 1 tgh hari, kalau tak ada kelas, rehat pukul 12 ada, pukul 11 pun ada. Masuk balik kelas pukul 2.30 ptg. Kalau jadual kosong, ada yg masuk pukul 3ptg, ada pukul 4ptg dan sebagainya. Tamat belajar pukul 6.15 habis lewat, ada yg habis 4.30 ptg, ada yangg 5.30 ptg. Malam pun ada sesetengah saja yang ada kelas. Setiap kos akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, nasiblah dapat kelas mana nanti.

 

Kelas

 

Kelas sama macam di sekolah saja, ada meja dan kerusi. Tapi papan hitam tak ada, yg ada papan putih. Dalam kelas tak ada tempat yg tetap, ikut suka nak duduk di mana2 saja. Tapi meja pensyarah jangan pulak duduk situ. Kelas pulak tak macam di sekolah, ada tempat yang tetap. Kelas kat sini berpindah randah, ikut subjek la, dah habis satu subjek kena pindah kelas lain pulak, nama kelas pulak ikut kod, sebelum masuk kelas mesti kena tau tempat di mana. Ketua kelas tu tak berapa berfungsi melainkan untuk fotostat nota saja.

 

Pakaian

 

Hari Isnin kena pakai formal, macam orang yang pi kerja pejabat. Lelaki berkemeja lengan panjang, berseluar slack hitam, bertali leher dan berkasut hitam atau kasut kulit. Semstinya kena tuck in atau masuk baju dalam seluar. Perempuan pakai baju kurung la. Hari2 biasa yang lain pakaian kasual saja, lelaki boleh pakai seluar jeans atau slack, baju kena masuk dalam walaupun kebanyakan orang tak ikut. Kasut pulak mestilah bertutup, maksudnya tak boleh pakai selipar la. Perempuan pun sama jangan pakai ketat dan menjolok mata. Kalau pak guard tahan, nanti kena saman kalau tak ikut pakaian sahsiah rupa diri! Hari Jumaat ikut suka hatilah nak pakai baju Melayu atau tak. Perempuan kalau boleh pakailah tudung untuk tutup aurat. Lagi satu nanti akan dapat kad pelajar atau orang panggil kad matrik, kad ni kena selalu pakai kalau nak pi mana2 walaupun ramai yang tak ikut. Kalau tak pakai pun boleh kena saman.

 

Makan

 

Makan kena beli sendiri la, suka hati nak makan kat kedai atau bungkus makan dalam bilik. Kedai makan dalam tu ada banyak pilihan, pilih saja yang murah2. Kalau nak kedai sedap tu mahal la sikit. Harga dia pun tak tetap disebabkan tukang kira tu lain2 kadang2. Layan diri la nak makan, mana ada order, tapi kalau malam2 tu nak order tu masuk dalam la nak order yang lain sikit macam nasi goreng tu.Kalau kat asrama atau kolej tu boleh la bawa pemanas air, tapi kalau tak bawa boleh saja minum air water cooler kat asrama. Kalau tak mau boleh beli air minuman kat kedai runcit. Luar dari UiTM pun ada gerai makan, ikut sukalah nak makan kat mana2, cuma tak boleh memasak saja dalam UiTM kecuali megi. Kalau ikut bajet, aku ni makan sehari RM5 ke bawah saja dah cukup.

 

Tempat tinggal

Asrama kat sini dipanggil kolej. Satu bilik ada 3 orang. Dalam bilik tu biasanya campur aduk tak ikut kos pun. Ada katil 2 tingkat, katil yang atas tu kipas angin tak berasa sangat. Ada meja belajar dan kerusi, meja tu kena balut dengan plastik. Katil tu kena bawa cadar dan sarung bantal. Tandas ada beberapa di luar dan berkongsi dengan ramai orang, kalau dah guna tu jangan lupa flush. Kita hidup dekat kolej ni ada banyak blok, nak singgah2 bilik kawan tu boleh tapi jangan sampai waktu tidur tu masih duk ada lagi kat situ. Nak pasang lagu tu agak2 la, jangan ganggu kawan yang lain.

 

Riadah

 

Petang2 atau hujung minggu tu ikut suka hati lah nak guna padang nak main bola atau nak buat apa2 sekitar universiti, nak bawa gerek pun boleh. Tempat yang macam gelanggang tu biasanya kena tempah la dulu kalau nak main. Ada banyak kelab dan persatuan, masuk saja yang mana suka, tak wajib pun.

 

Hujung minggu

 

Biasalah hari Sabtu dan Ahad ni hari cuti, suka hatilah nak tidur atau nak bersukan atau nak balik rumah. Biasanya ada kokurikulum, yang ini wajib hadir la 2 jam seminggu sehingga semester 3. Kalau yang dah pi PLKN semester 1 tak wajib masuk kokurikulum, jangan lupa fotostat sijil PLKN tu sebagai bukti.

 

Keluar dari UiTM

 

Ikut suka hatilah nak keluar UiTM bila2 masa pun tapi, pukul 11 malam dah tak boleh masuk dalam UiTM, kalau masuk juga nanti pak guard ambil nama. Macam hujung minggu tu sesuailah nak keluar jalan2 ke mana2. Kalau ikutkan peraturan kena gantung kad pelajar nak keluar, kalau pak guard tak perasan tak apa la, lagi satu kena pakai kasut bertutup, itu pun tak berapa berat sangat la pak guard nak tengok. Tak perlu tulis nama atau apa2 kat pak guard kalau nak keluar dari UiTM. Nanti kat luar UiTM ada banyak teksi yang nak bawa pi mana2, harga biasa RM10 kalau pergi Kangar, kalau jauh sikit kena caj lebih la.Sebenarnya aku bukannya selalu pun keluar, kalau keluar mesti habis duit banyak nak pi sana sini.

 

Kawan-kawan

 

Suka hatilah nak kawan dengan siapa2 pun. Tak semestinya kawan dalam kelas sahaja. Habis sangat senyum la, kawan2 ni la kita nak ajak pi beli makan sekali atau nak pi kelas sama2.

 

Pensyarah

 

Nama pensyarah ini sepatutnya kena ingatlah, nanti masa nak jawab peperiksaan akhir kena tulis nama dia. Pensyarah ini ibarat cikgu la. Lebih kurang sama saja belajar di sekolah, pensyarah bukannya cakap 100% Bahasa Inggeris pun, mesti campur Bahasa Melayu punya. Kerja sekolah tu tak semua lecturer bagi, bukannya dia nak semak macam kat sekolah, tapi seeloknya kena buat la. Nota tu biasanya pensyarah akan suruh beli buku yang dia nak, kalau yang tak ada tu salinlah walaupun tak waib pun menyalin ni. Kalau tak faham boleh tanya, kalau tak faham lagi boleh pergi bilik pensyarah untuk bertanya.

 

Kewangan

 

Duit boleh pinjam PTPTN atau FAMA (father and mother). Agak2 la nak makan tu, jangan mewah2 sangat dan jangan makan merapu banyak sangat macam keropok dan air. Duit pinjaman tu memang cukup, diri sendiri la kena pandai guna untuk belajar, beli buku, laptop dan fotostat. kalau yang tak mampu tu boleh dapat elaun makan atau zakat. Tapi kalau nak minta zakat tak boleh pinjam duit PTPTN la, mana boleh banyak2. Akaun SSPN rasanya dah wajib buka, jangan simpan duit dalam tu sebab susah nak bawa keluar balik, pastikan simpan minimum yg dia suruh. Kalau nak bawa keluar duit kat sini ada Bank Islam dan mesin deposit, Maybank dan BSN. CIMB kata nak buat tapi sampai la tak buat2 lagi. Bank Islam tu waktu2 kemuncak memang panjang kena beratur boleh kata sampai nak bersambung barisan Maybank dengan Bank Islam. Sampai la ni tak tambah2 lagi mesin atm tu.

 

Kenderaan

 

Semester 1 dan 2 dilarang bawa kenderaan sebab banyak kes sebelum ni banyak kemalangan. Mungkin sebab baru dapat lesen kot. Kalau semester 3 dah boleh bawa, tapi kena beli stiker kenderaan la.

 

Barang2

 

Barang2 tu agak2 la logik sebagai pelajar nak bawa. Tapi macam seterika dan barang elektrik tu kena beli stiker dekat Unit Kewangan apabila keluar arahan suruh pi beli.Kalau tak keluar arahan tak perlu lagi.Nanti bila disuruh beli tu, satu barang satu stiker, satu stiker RM10. Kalau ada pemeriksaan dalam bilik, kena saman kalau tak ada stiker.Kalau malas pinjam saja barang kawan2, tapi tak kan timba pun nak pinjam kan.

 

Laptop

 

Pensyarah menganggap semua mahasiswa kena ada latop sorang satu. Nak kata wajib tu rasa macam berat tapi sepatutnya kena ada la nak buat assignment dan sebagainya. Orang yang keluarga dia gaji sikit pun boleh laptop, inikan pula yang sederhana dan kaya, lagipun duit PTPTN pun ada. Kalau tak ada lagi tak apa sebab di perpustakaan dengan makmal komputer ada komputer, boleh guna kalau tak ada orang lain guna. Broadband tu nak bawa pun boleh, tapi nanti Celcom nak letak pencawang dia kat UiTM, kiranya line elok la sikit berbanding sebelum ni yang hanya Maxis saja ok. Tapi kat UiTM pun ada WiFi, tapi tak semua tempat la ada. Laptop atau komputer kalau nak bawa mestilah ada lock, macam rantai la untuk laptop tu. Ataupun beli mangga dan simpan laptop dalam almari dan kunci. Kalau nak keluar bilik tu mestilah kunci, jangan lupa walaupun pi tandas, kalau dah ada lock macam rantai tu tak apa la.

 

Minggu orientasi (MDS)

 

Hari nak daftar tu pakai baju biasa2 saja, tak perlu pun pakai baju kemeja macam nak pi kerja tu, walaupun ramai yang akan pakai macam tu. Pagi tu masa nak pi UiTM bawa lah roti sebab nanti ada jem kat UiTM. Maksudnya ada banyak kereta la, ada yang bawa rombonganlah, tok dan tok wan pun ada yang mai juga. Minggu orientasi ni banyak ceramah saja, sabar2 sajalah walaupun tak suka, tapi ada jugak yang penting. Masa minggu ni ramai yang tak cukup tidur, lepas tu pening2 dan mengantuk tu biasalah sebab tak cukup tidur. Duk rumah bercuti tidur lewat, bangun lewat, tiba2 mai sini tidur lewat, bangun awal. Lagi satu pengawalan masa mungkin ada masalah sikit, tak semua yang akan ikut.Lagi satu kat sini ramai orang kan, jadi nak makan kena beratur dan makan cepat2 sebab orang lain tak makan lagi. makan sepanjang minggu ni saja percuma, lain kali kena duit sendiri. Ada yang tak biasa dengan asrama ni mungkin akan rindu keluarga dan ada yang rasa nak menangis sebab tak biasa.

 

Tarikh daftar

 

Ikut surat tawaran la kena daftar 21 atau 22 haribulan. Dulu2 tak ada plak sampai 2 hari macam ni, mungkin sebab ramai sangat kot, 3000 orang.

 

Rambut

 

Bagi lelaki potong rambut macam budak sekolah, UiTM ni kerajaan punya jadi jangan buat macam swasta ikut suka nak rambut panjang.

 

Kemudahan kolej/asrama

 

Mesin basuh ada kena syiling RM2, kalau nak guna mesin bagi kering baju kena RM2… Kedai dobi ada dlm UiTM… peti ais tak ada..water cooler ada…

 

Jadual MDS

 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2085247293565&set=o.224527014230311&type=1&ref=nf

 

Sahsiah rupa diri mahasiswa UiTM

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2100783601963&set=o.224527014230311&type=1&ref=nf

 

Peraturan pakaian siswi semasa belajar

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2093711225158&set=o.224527014230311&type=1&ref=nf

 

Peraturan pakaian siswa semasa belajar

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2093706945051&set=o.224527014230311&type=1&ref=nf

 

Inilah senarai biasa kesalahan dalam surat saman:

 

-Tidak mempamerkan kad pelajar

-Tidak bertali leher/*berbaju batik lengan panjang (lelaki- Isnin)

-Memakai baju tidak berkolar dan *tidak masuk ke dalam

-Memakai seluar koyak/bertampal-tampal/berseluar pendek

-Memakai baju ‘T’ tidak berkolar

-Memakai selipar/bercapal

-Tidak memakai baju kebangsaan Melayu/baju batik (wanita – Isnin & Jumaat)

-Memakai blaus singkat/ketat dan tidak kemas/jarang

-Memakai seluar yang ketat (bagi wanita)

-Berambut panjang/mewarnakan rambut

-Bertindik/memakai subang/gelang/rantai (bagi lelaki sahaja)

 

Senarai semak untuk mendaftar masuk UiTM Perlis (WAJIB ada)

 

http://perlis.uitm.edu.my/images/stories/download/doc/keperluan_pendaftaran_pelajar_baru_2011_1.pdf

 

Download lagu UiTM

 

Wawasan Setia Warga UiTM

http://www.mediafire.com/?2r22ab5oa9gzfrh

 

UiTM Di Hatiku

http://www.youtube.com/watch?v=1rawlgcdwrI

 

Senarai hotel dan motel kalau ibu bapa ada nak mai:

 

http://perlis.uitm.edu.my/images/stories/download/doc/hotel_motel_info_terbaru.xls

 

 

BORANG BANCIAN PELAJAR UiTM ARAU, PERLIS Kemasukan Mei 2011

 

Borang bancian ni dibuat khas untuk kenal kawan yang sama course.

Boleh la contact masing2 nak tanya apa2 atau berkenalan.

Isi di sini:

www.bit.ly/uitmperlismei2011

Lepas isi boleh tengok senarai orang lain yg dah isi:

www.bit.ly/uitmperlismei11

Beritahu kawan2 lain yang dapat UiTM Perlis untuk isi di sini.

 

Kesimpulan

 

Sama saja macam kat sekolah, kena pakai pakaian yang ikut peraturan. Tak perlu pakai pakaian yang sama saja untuk setiap pelajar.Ada kelas dan penyarah yang mengajar. Cuma bezanya pelajar universiti ni dipanggil mahasiswa, kalau macam tu kena ada identiti sikit la untuk digelar mahasiswa ni seperti berdikari dan rajin tanpa perlu disuruh atau dalam istilah lain berfikiran matang.  Lagi satu kena pandai urus duit sendiri la.

Sertai group UiTM Perlis Kemasukan Jun 2012
Mahasiswa UiTM Kemasukan Jun 2012

Sertai group UiTM Perlis Kemasukan Mei 2011

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_224527014230311

Mahasiswa UiTM Kemasukan Mei 2011

http://www.facebook.com/pages/Mahasiswa-UiTM-Kemasukan-Mei-2011/210885445609754

 


Tags: , , , , , , , , ,

3 Responses to Panduan pendaftaran pelajar baru UiTM

  1. hisyam suhaimi had this to say about that:

    Assalamualaikum, kalau bawa handphone, kena beli sticker yang RM 10 tu ke..?

  2. hisyam suhaimi had this to say about that:

    terima kasih kerana berkongsi info tentang benda ini 😀

Add Your Comment, Feedback or Opinion Here

Your email is safe here. It will not be published or shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*