Aku tak tahu langsung nak pandu kereta. Walaupun selalu naik kereta, tak pernah perhati atau ambil tahu tentang kereta. Mula-mula aku daftar di sekolah memandu RM550 untuk ambil lesen kereta. Aku tambah kelas sebab sudah ada lesen motosikal L dan P. Dengar ceramah dan lepas itu bagi gambar dan buat lesen kereta L yang tak boleh guna. Kalau lesen L motosikal boleh memndu seorang diri, tetapi Lesen L kereta mesti ada orang yang diberi kuasa untuk mengajar.
Mula belajar kereta di sekolah memandu, belajar dari menghidupkan enjin hingga berhentikan kereta. Kalau memandu kereta lurus saja tanpa ada kereta lain atau kenderaan lain, siapa-siapa pun boleh sebenarnya. Tapi jalan raya bukan kita seorang saja memandu dan bukannya lurus. Aku belajar memandu 10 jam selama sebulan. Lepas tu baru ujian memandu lesen kereta D dengan JPJ. Test JPJ ini ramai juga orang, berpeluh-peluh aku menunggu giliran.
Dalam kepala otak ini cuma risau ujian bukit dan jalan raya. Alhamdulillah ujian di bukit lulus. Ikut saja apa yang cikgu ajar, tak ada cara lain dah. Nak parking dengan tiga penjuru cikgu dah ajar cheat code dia, ikutlah semua tanda-tanda itu dan mesti boleh punya.
JPJ tu banyak cakap sampai aku pun keliru apa yang patut kena buat. Dia kata ujian jalan raya ini aku tak cekap semasa membelok, brek, tukar gear dan stereng. Asyik cakap banyak, yang ini tak kena, yang itu tak kena, sedangkan kereta aku bawa tak ada apa-apa pun. JPJ gagalkan aku sebab dia kata aku memandu secara berbahaya kerana nak langgar kereta semasa keluar simpang. Dia brek mengejut dan dia kata aku tak tengok kereta sebelah kanan serta nak langgar kereta yang sebenarnya belum berada di depan aku lagi.
Aku terkilan, sebenarnya aku tengok kereta sebelah kanan itu, aku lepas cluth ke depan sikit nak keluar simpang. Lepas tu tekan cluth sampai habis dan belum lepas lagi, tapi JPJ tu dah brek dan kata aku nak langgar kereta sebelah kanan. Kalau aku bertindak bahaya, mestilah ada kereta belakang dan kereta sebelah kanan hon. Tapi, tak ada sesiapa pun hon, aku rapatkan kereta di simpang untuk keluar sebab banyak sangat kereta, bukannya nak terus keluar tak tengok kereta sebelah kanan.
Lepas bengang seminggu aku ambil lain test JPJ dan bayar RM50 untuk jalan raya sahaja. JPJ ni tak cakap banyak sangat macam yang hari itu, tapi tetap ganggu aku apbila dia bercakap. Ntah mengapa tiba-tiba hari itu aku nak tukar gear tengok di gear, sepatutnya tengok depan. Sebelum ini aku boleh saja tak tengok gear untuk tukar gear. Nak masuk simpang tiba-tiba macam mana ntah aku tukar gear dua dan enjin kereta mati waktu nak belok. Aku hidupkan balik dan tukar gear satu dan jalan. Jangan layan JPJ la, nanti hilang tumpuan dan boleh gagal. Buat saja macam yang cikgu ajar. Kalau yang dah cekap naik kereta itu suka hatilah nak layan JPJ itu. Yang baru-baru ini atau yang gementar tak payah peduli. Anggap dia tak wujud di sebelah. Tunggu seminggu pula untuk proses Lesen P.
Di bawah ini adalah markah yang perlu anda lulus, baca semua ini untuk tip memandu kereta.
Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas atau download saja.
————————————
Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
http://mohamadafiza.says.com/recommendations/samsung-olympics
————————————
klau bwk keta jpj tu mana ada org nk hon…
Salam,awk bole tlg bg tips kt sy mcmn nk lulus ujian naik bukit, side parking & 3pnjuru? dh 2kali sy ambil tp gagal..rs give up n down gler… 🙁
SAMA LAH.. SAYA PUN DUA KALI AMBIL.SKALI GAGAL 3 PENJURU, SKLI GAGAL SIDE PARKING. SABAR JELAH
saya dh 2kali gagal test jpj utk bahagian A….
n then xlme lagi saya akan test jpj smula… sbb saya dh lme xtrus kan sbb give up…. so ape tips utk saya lulus kali nie……… utk bukit parking & 3penjuru…….
saya lemah nak pusing round abort cos pengajar saya terlampau baik,dye asyik marah2 jew..
n saya kurang keyakinan nk pusing n menjadi kelam kabut…
Aku pun xpenah bwk keta sebelum ni…dtg belajar memandu memang kosong,xtau pa2…tp aku just follow apa yg cikgu ajar…test komputer aku men hafal je,lulus gak…ada yg buat test 3 kali x lulus gak,aku heran btol,buku dah bgi jwpan,hafal jelah…haha…ujian bukit,parking n 3penjuru pun lepas…ujian ngan jpj pon lpas,mungkin berkat hari jumaat…alhamdulillah…tips dia time blaja buat btol2,ingat apa yg dia ajar,jgn kelam kabut,jgn terlampau berani dan jgn terlampau takut plak…serasikan diri anda dengan keta tu…hehe
aku belum ambil pra ujian jpj lagi, tapi tak tahu kenapa takut semacam nie . tolong bagi tips macam nak hilangkan takut tuu .
hai, this is my 1st time, pegang kereta, bru 1jam kelas yg sy mbil, sy dapati sy x dpt seimbangkan clutch n minyak semasa nak mulakan pemanduan, n i stilll can,t control the stering, so can u pls give me some tips how to handle it.tq
sy pun kdg2 rase putus asa….clutch dan minyak x reti imbang, cikgu asyik membebel..kdg2 hilang fokus…nk pusing steering pun x reti nk kwal lg..huhu..ada ap2 tips x
aku dulu waktu first ambil lesen pun gagal juga. Dah la gagal litar gagal jgak laluan. Aku gagal litar bahagian 3 penjuru ni coz dia punya clutch tinggi sangat dah imbang dengan minya masi tak dapat jalan last-last gagal. Laluan plak JPJ yang test aku ni banyak betul ceramah macam dia tu best sangat aku lambat gerak dia marah, aku lambat tukar gear dia marah. Ala komon la kan budak baru belajar tak kan perfect. Last-last dia kasi gagal aku markah 15 je. Nak marah tak berdaya takut next time menguji dia juga….
21 JUNE 2012 IN SAYA ADA TEST KERETA,SAYA ADA SIKIT RASA TAKUT.SAYA AKAN TEST DI BATU KAWANN,TEST ADA JALAN A DAN B JALAN B,SAYA RASA takut.
Hi it’s me, I am also visiting this web
site on a regular basis, this site is actually pleasant and the people are in fact sharing nice thoughts.